Aplikasi berkuasa ini menggabungkan VPN dan pelayar peribadi untuk anda melayari internet dengan lebih selamat dan terjamin. Ia menggunakan ciri keselamatan yang mampu menghalang pihak ketiga daripada menjejak aktiviti anda.
Fungsi:
Menyediakan pelayar peribadi tanpa sejarah pelayaran, menyembunyikan alamat ip supaya tak dapat dijejaki, membolehkan anda layari laman web yang disekat di negara anda, sambungan yang pantas dan terjamin, ada ciri "kill switch", tak merekodkan sebarang aktiviti dalam talian anda dan banyak lagi.
Cara menggunakannya:
Setelah pasang aplikasi pada Android anda dan bersetuju dengan dasar privasinya, anda boleh pilih lokasi pelayan yang anda inginkan dan menyambungnya untuk mula melayari internet. Selain itu anda juga boleh buat tetapan untuk ciri Kill Switch, Double VPN dan pelayan RAM Sahaja bagi meningkatkan pengalaman penggunaan anda.
Kawalan:
Hanya lakukan sentuhan mudah seperti ketikan pada antara muka untuk menggunakannya.
Bahasa:
Tersedia dalam 10 bahasa : Bahasa Inggeris, Arab, Portugis, Rusia, Sepanyol, Hindi, Perancis, Benggali, Azerbaijan dan Parsi.
Cadangan:
Untuk mereka yang inginkan lebih privasi semasa melayari internet.